Showing posts with label only me. Show all posts
Showing posts with label only me. Show all posts

Monday, April 11, 2011

RON 95 Xtra ??

Hari Ahad yang lepas saya ada kuliah di UTM KL  macam biasa, dan macam biasa juga isi minyak masa dalam perjalan pergi ke kuliah. Lepas bayar kat kaunter saya patah balik ke kereta untuk isi minyak, dan saya pastikanlah minyak yang saya isi itu bukan RON 97 ataupun Diesel, kalau Diesel xpasal-pasal rosak enjin kereta dan kalau RON 97 pulak mahal sangat. So masa tengok tue nampak ada perkataan tambahan iaitu "XTRA", saya pun nak cepat, belasah jugakla yang penting RON 95...  So masa dalam perjalanan tue terfikir gak la... mungkin minyak baru kot... So masa layari internet semalam jumpa la artikel dari Kosmo

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad memperkenalkan petrol terbaharu di pasaran iaitu Primax 95 Xtra bagi menggantikan petrol RON 95 yang menjanjikan pemanduan lebih kilometer dan berkuasa unggul.

Produk bahan api terbaharu daripada Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis meriah yang turut diserikan dengan konsert Twin Towers @ Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket perlumbaan Formula Satu (F1) di pekarangan Menara Berkembar Petronas di sini malam tadi.

Minyak petrol Primax 95 akan menggantikan RON 95 di pasaran mulai hari ini di lebih 955 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Antara keistimewaan minyak tersebut ialah ia berupaya memacu kenderaan lebih jauh bagi setiap liter berbanding penggunaan petrol RON 95 yang lama.

Petrol yang berasaskan teknologi perlumbaan kereta F1 itu juga bakal memberi lebih kuasa kepada kenderaan serta membersihkan enjin pada setiap masa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Amir Hamzah Azizan berkata, produk itu merupakan hasil kajian dan penyelidikan dua tahun Petronas berdasarkan penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan F1 selama ini.

“Meskipun Primax 95 Xtra dijual pada harga sama dengan RON 95 iaitu RM1.90 seliter tetapi bahan api berteknologi tinggi F1 ini akan memberi lebih kuasa dan jarak perjalanan bagi setiap kenderaan,” katanya.
So barulah tahu...hehehehe...tue jela nak kongsi-kongsi ngan geng-geng semua...

.

Friday, April 1, 2011

Maafkan saya yerrr

Mungkin ada rakan-rakan semua yang mengalami broken link beberapa muat turun yang saya sediakan dalam blog nie.. saya memohon berbanyak-banyak minta maaf sekiranya ia berlaku... dan untuk pengetahuan semua, disebabkan link-link tersebut saya selalunya mengambil melalui laman mediafire.com dan 4shared.com dan selalunya memang cepat akan di banned oleh website tersebut... Kalau saya meletakkan link dari laman web yang berbayar seperti hotfile, rapidshare dan sebagainya mungkin ada rakan-rakan yang xsuka untuk menunggu dan melihat begitu banyak sekali iklan di laman tersebut. Dan saya pun xsuka menghadapi perkara tersebut... 

Jadi saya jadikan blog nie sebagaimana yang saya rasa mudah dan senang bagi saya kerana contohnya Mediafire.com kita boleh menggunakan perisian IDM walaupun tidak melanggan akaun yang berbayar mediafire.... jadi diharapkan dapat memudahkan rakan-rakan semua....

Dan semestinya laman web nie, xde pun mementingkan sangat iklan... Kalau rakan-rakan rasa puas itupun dah cukup baik... Tapi kalau ada broken link, jangan segan-segan nak beritahu saya... Dan sejujurnya saya pun bukan ada simpanan muat turun sepertimana yang terdapat dalam blog ini..... 

Dab kalau nak request pun boleh, maklumkan saja pada saya... InsyaAllah saya akan menggunakan pembantu peribadi saya iaitu cik google untuk menyelesaikan masalah anda...hehehehehehe... 

bubyeeeee...

.

Tuesday, March 22, 2011

Design Baru Blog Boxmy

hehehehe, tengah ada mood, tiba-tiba plak nak tukar design baru.. supaya blog nie kelihatan fresh look la plak kan.  Buat sikit-sikit... Supaya kawan-kawan semua xdelah bosan sangat..Asyik-asyik design sama jer... Dan laman nie diharap xdela berat sangat nak load... Dah buang dah related post yang ada thumbnail... Supaya xbanyak loading gambar... Nanti jadi berat plak... Sebab saya xsuka kalau masuk blog orang berat-berat... rasa semak jer kepala otak nie... Ish-ish aku nie apela asyik nak cepat jer... Ada pepatah orang tua-tua kata biar lambat asalkan selamat.... Then sekarang nie kita ubah plak.. Biar cepat Asalkan selamat.. hehehe boleh x. Eh ape aku merapu nie.. hehehe ok2, cukuplah tue... Kalau ada rasa nak komen tue, komen jela... Ek... OKla selamat melawati blog saya nie yerr.... Jangan lupa untuk like... I Like u all... bubye

.

Wednesday, March 16, 2011

Layan jela.... nak promote sikit

Kini dah dekat 1 bulan saya sedang mengusahakan satu laman web baru iaitu boxmy.net dan sikit-sikit saya hias dan susun-susun bagi nampak menarik. Dan isi artikel dalam laman web itu kebanyakan saya ambil dari media online berbahasa melayu. Kadang-kadang blog pun ada. Banyak sangat ruang xtahu nak isi ape. Impian tue besar tapi keupayaan yang terhad. Takut gak kalau cara saya nie salah. Tapi kalau ada yang wat komplain berkenaan laman tue... Nanti saya akan buangla mane2 artikel yang di komplain tue. Almaklumlah budak baru belajar. Tetapi laman blog nie insyaAllah saya xkan tutup. Laman nie pun bukan kena bayar. Dan ada la jugak kawan-kawan yang follow walaupun xramai... hehehehe, Dah ada yang follow tue alhamdulillah la jugak.

Tapi kalau ada sape2 yang nak saya masukkan artikel baru ke dalam laman web baru saya yang xseberapa tue bolehla sendkan email kepada saya. InsyaAllah saya akan masukkan. Nie mungkin hobi saya pada masa terluang jer...

.

Tuesday, February 22, 2011

Faceblog - Komuniti Blog

Rasanya dah lama xtulis dalam blog saya sendiri nie, faceblog nie pun dapat daripada blog kawan, wyna nubies . So tengok macam menarik jer, saya try join la. Moga dapat ramai-ramai kawan lagi..hehehehe.... peace

.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More