Showing posts with label br1m. Show all posts
Showing posts with label br1m. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Semakan Keputusan BR1M 2014 Secara ONLINE

Semakan Keputusan BR1M 2014 Secara Online. Bagi pemohon yang telah memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0), bolehlah menyemak keputusan permohonan awal bulan Februari 2014. Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan status permohonan BR1M 2014. Semakan keputusan BR1M 2014 boleh di buat seperti berikut.

Semakan Keputusan BR1M 2014 Secara Online

1. Talian Hotline BR1M 2014
Untuk membuat semakan BR1M 2014 pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

2. Emel BR1M 2014
Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.

3. Melalui Pejabat Pos
Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.

.

Monday, February 25, 2013

Ustaz Azhar Idrus Pertahan Kenyataan Niz Aziz Haiwankan Penerima BR1M

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang panas sekarang. Menurutnya,  Mursyidul Am Pas bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan.

“Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.
“Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.
“Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan,” kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, “apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?”
Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.
Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, “Ni buah cari baloh.”
Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.
“Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.
“Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?
“Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik,” tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.
Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
“Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.
“Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,” kata Tuan Guru Nik Aziz.
 
sumber : -http://www.bulanpurnama.net/2013/02/br1m-ustaz-azhar-idrus-pertahan-nik-aziz.html

.

Wednesday, February 6, 2013

Semak Keputusan BR1M 2.0 Online 2013

Terkini: Semak Keputusan BR1M 2.0 Online. Status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan diketahui bermula 10 Februari 2013. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 RM500(Isi rumah) dan RM250 (Individu Bujang) telah mula diagihkan kepada pemohon baru yang berjaya mengikut kriteria dan syarat yang ditetapkan semasa memohon bantuan itu secara atas talian (online) ataupun manual (guna borang) bermula awal Februari dan difahamkan akan berjaya diselesaikan di akhir bulan ini.

Kepada permohonan yang telah diluluskan dan menerima Slip Jemputan Penerima,sila pastikan anda membawa kad pengenalan asal surat kelulusan penerima BR1M 2.0 dan Slip Jemputan tersebut semasa ke majlis penyerahan bantuan yang ditetapkan
Para pemohonan BR1M 2.0 boleh membuat semakan masing-masing menerusi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010. 
Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More