![]() |
Lagenda Budak Setan 2 |
Lagenda Budak Setan 2 – Katerina merupakan sebuah sekuel dari
Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah
masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah,
bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih
kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.
Ketabahan dan
ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun
kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.
Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar
bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa
cinta.
Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya.
Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea.
Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa
hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.
Tidak
mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri.
Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang
tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya
sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.
Ketika itu,
Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali,
mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah
hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut
untuk melaporkan kepada polis.
Kasyah bekerja dengan rakan niaga
Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan
perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar
untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus
tempatnya bekerja.
Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa
yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta
merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat
terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara
tersebut.
Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate
berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah,
benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk
menjelaskan kebenaran.
Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau
usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka
terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate
mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati
Kasyah.
Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa
yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini
Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam.
Mereka
tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak
akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah,
membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah
satu-satunya abang yang dia ada.
Iskandar yang telah bercerai
terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki
Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan
tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin,
setidak-tidaknya berada disisnya.
Suatu hari, abangnya itu
meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga
turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan
mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.
Dia kehilangan
segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula
nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya
yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam
menderita sampai mati.
Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah
memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk
sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan
serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.
Sofean
terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar
tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia
mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya
kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.
Sofean
benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate
terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi
antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap
ayahnya Sofean.
Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya
terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga
mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa
diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk
kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.
Broken Link or Any Request >> Tell Us
Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here
.
0 comments:
Post a Comment