Wednesday, February 20, 2013

Fizz Fairus terkena buatan orang

Selepas mengejutkan ramai dengan pertunangannya kepada Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari lalu yang telah dilangsungkan secara diam-diam, kini Fizz Fairuz tampil dengan cerita yang lebih mengemparkan.

Di dalam akhbar Harian Metro hari ini, Fizz mendedahkan bahawa tunangnya merupakan isteri orang dan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku mungkin disebabkan buatan orang.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu.”

Kata Fizz lagi, kawan kepada adik tunangnya telah mengirimkan satu mesej yang menjelaskan status sebenar Azlyn, yang dikatakan isteri kedua seorang usahawan. Ekoran dari itu, Fizz telah berjumpa suami Azlyn Sabtu lalu.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut.”

        

sumber :- http://www.gua.com.my/berita-artis/Tunang_Fizz_Fairuz_Isteri_Orang.html


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More