Tahniah Pahang atas kemenangan Piala Malaysia 2013 selepas menumpaskan Kelantan malam tadi .
Sedikt review ;
# Sebelum perlawanan , sebenarnya Pahang sudah pun menang kerana secara
psikologinya , mental pemain Kelantan terganggu kerana mereka
kehilangan 'key-player' Obina Nwaneri disamping tindakan biadab JDT
mengeluarkan senarai pemain mereka untuk musim depan .
# Dollah Salleh masih dengan falsafah permainan menyerang dari sayap .
Dengan Selangor , dia maksimakan keupayaan Ellie Aiboy , di Pahang dia
maksimakan keupayaan Gopi di bahagian sayap . Keduanya membuat fullback
tak tenang tidur malam.
# Lihat cara Matias Conti jaringkan gol
, teringat Bambang Pamungkas yang beraksi bersama Selangor satu ketika
dahulu menjaringkan gol di final Piala Malaysia 2005 . [Arghh , tetiba
gua sandarkan pada kenangan]
# Pemain terbaik malam tadi ,
kalau ramai pilih penjaga gol Pahang , Arena pilih Alex , tok uban pilih
Sathia , gua pilih Damion Stewart . Beraksi melebihi limit diri demi
memastikan Dickson gagal menjaringkan gol ; bukan tugas yang mudah
apatah penyerang itu berusia lebih muda berbanding pemuka Jamaica ini .
# Misi 92 Pahang , berjaya terserap dalam diri jiwa kebanyakan pemain
Pahang . Walaupun mereka kekurangan pengalaman beraksi dalam tekanan ,
aksi 70 minit mereka sangat memukau !!
# Badhri Radzi dirantai
dengan baik oleh tengah bertahan Pahang . Hilang punca Bojan Hodak
sehingga terpaksa mengeluarkan pemain yang gua impikan bermain untuk
Selangor suatu hari nanti itu bagi memastikan Kelantan mampu menyerang.
# Badri Radzi & Zairo Anuar Zailani . Err , siapa sebenarnya Playmaker Kelantan malam tadi ?
# Tengku Abdul Rahman , Tan Sri Anuar Musa , Azman Ibrahim , Zainal
Abidin Hassan , Dollah Salleh , Bojan Hodak . Semuanya memain peranan
penting bagi memastikan Pahang & Kelantan melangkah ke final .
Semuanya disenangi pemain , dihormati lawan dan disayangi penyokong .
Agak agak , ada tak pada tok uban ?
Kesimpulan ;
Pengurusan yang baik & profesional
Jurulatih yang berwibawa & berpengalaman
Pemain utama & simpanan yang seimbang pada kualiti
Penyokong yang fanatik
Resepi inilah membawa Pahang ke puncak kemahsyuran Piala Malaysia 2013 !!
sumber : Selangor Fanatik facebook http://www.facebook.com/groups/selangorfanatik/?hc_location=stream
Broken Link or Any Request >> Tell Us
Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here
.
Posted in:
0 comments:
Post a Comment