Friday, May 1, 2009

Tomok Juara

Baru Sebentar tadi telah selesai berlangsung pertandingan OIM di Stadium Melawati Shah Alam, yang melibatkan Aweera, Tomok (Shah Indrawan) dan Easter. Pada mulanya pertandingan itu hanya membenarkan 2 peserta yang bertanding di Grand Final OIM, namun disebabkan sms penonton yang mahu melihat 3 peserta bertanding telah memberikan Tomok menjadi peserta ketiga itu. Mereka masing-masing memberikan persembahan yang terbaik dengan setiap seorang akan menyanyikan 2 buah lagu. Sebuah lagu adalah dari penyanyi yang telah sedia ada, dan sebuah lagu lagi lagu baru yang diciptakan khas buat mereka. Syafinaz dan Paul Moz seperti biasa menjadi pengkritik yang akan memberikan komen diatas persembahan yang diberikan.

Di awal pertandingan pula, Easter telah mendahului undian penonton, manakala Aweera di tempat kedua dan tomok di tempat ketiga. Suasana muram bilamana Tomok telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, namun pengacara Awal telah menghidupkan kembali suasana pertandingan itu dengan memberitahu bahawa pada pertandingan Grand Final ini akan melibatkan 3 peserta. Mungkin disebabkan situasi itu, para pengundi mula memberikan sms mereka kepada Tomok. Dan mungkin juga ini adalah strategi penganjur yang mana mahu menggunakan kegilaan peminat tomok sebagai satu cara mereka mengutip keuntungan. Pada saat-saat akhir, lebih kurang 20 minit sebelum talian undian ditutup, talian sms begitu sesak sehinggakan banyak undian sms tidak dapat dilakukan oleh para pengundi. Namun begitu talian tetap masih boleh digunakan. Undian melalui talian tetap menggunakan suara peserta sendiri didalam menerangkan cara untuk mengundi.

Dan tibalah saat yang ditunggu. Carta undian sering kali bertukar ganti pendahulunya, dan ini menjadikan suasana dewan melawati semakin hangat dan panas. Maka tibalah saatnya pengacara majlis telah mengumumkan TOMOK menjadi juara OIM bagi musim ketiga. Dan bagi penutup majlis itu, tomok sekali lagi menyayikan lagu barunya. Tahniah kepada Tomok di atas kejayaan beliau.


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More