Thursday, March 24, 2011

Jom Download Mozilla Firefox 4

Kini Mozilla Firefox memiliki versi yang terkini iaitu versi 4.. yang telah dilancarkan pada 22 mac 2011... Setakat jam artikel ini ditulis sebanyak 11.6 juta yang telah di download oleh pengguna seluruh dunia... Benua Eropah telah mencatatkan bilangan muat turun yang paling banyak sekali iaitu 5 juta pengguna.. Manakala Asia 1.8 juta pengguna... Bagi pecahan mengikut negara pula, Malaysia telah mencatatkan 72 ribu pengguna yang memuat turun perisian tersebut dan WP Kuala Lumpur menjadi negeri yang teramai sekali iaitu 36 ribu manakala selangor ditinggalkan jauh ke belakang sebanyak 5 695 pengguna dan negeri yang paling sedikit adalah negeri kelantan iaitu 104 orang pengguna sahaja...



Setiap minit direkodkan sebanyak hampir 5 ribu pengguna seluruh dunia yang mendownload perisian tersebut. dan menjadikan Mozilla Firefox telah menewaskan IE 9 yang merekodkan dalam 24 jam mencapai 2.4 juta manakala Mozilla Firefox 4 mencatatkan 2.4 juta dalam beberapa jam sahaja
Menurut laman web amanz.my mozilla Firefox 4 ini memiliki beberapa kelebihan berikut:-
  • Prestasi Firefox 4.0 lebih enam kali ganda berbanding versi sebelumnya, membawakan kepantasan pelayaran dan masa respon pelayar web yang dipertingkatkan.
  • Sokongan Sync Firefox 4.0 membolehkan anda mengakses bookmark, tab yang terbuka, dan beberapa data lain melalui lebih daripada satu komputer, mahupun melalui peranti mudah-alih anda dengan mudah.
  • Lebih selamat Firefox menyertakan fungsi Do Not Track, dan pelbagai pilihan sekuriti yang lain, menjadikan pelayaran web anda lebih selamat berbanding sebelumnya.
 Jadi Jom kita sama-sama memuat  turun mozilla Firefox 4 di laman web rasmi mereka iaitu Mozilla.com


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More