Tuesday, March 22, 2011

Panduan Permohonan IPTA ambilan 2011 bagi SPM 2010

Langkah pertama, anda mestilah mempunyai PIN UPU (Fasa 2) yang dibeli di BSN. Sebenarnya mudah saja, mula-mula korang pergi BSN yang berdekatan, ambil slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN (warna biru), isi bahagian NAMA, NO. KAD PENGENALAN, TANDATANGAN DAN TARIKH. Untuk jenis urusan pula, korang tanda pada LAIN-LAIN dan tulis PIN UPU FASA 2 (SPM). Harga bagi PIN UPU adalah RM10.60.


Langkah kedua, masuk laman web rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/upu.php. Seterusnya, klik pada ‘Lepasan SPM/Setaraf‘ di bahagian eBorang. Pastikan korang kenalpasti kategori dan baca arahan sebelum mengisi borang kemasukan.

Panduan mengisi borang.


Panduan Mengisi Borang UPU

Nota : Setelah selesai membuat permohonan, korang hanya dibenarkan untuk mengemaskini borang sebanyak 3 kali sahaja. So, pastikan korang isi maklumat dengan tepat dan baca arahan betul-betul. Tarikh permohonan bermula pada 10 Januari 2011 hingga 4 April 2011.

Bagi siapa yang tidak dapat hadir atau sibuk pada 23 Mac ni, korang juga boleh semak keputusan SPM melalui SMS. Caranya mudah saja, cuma taip SPM RESULT dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM0.35. Semakan hanya boleh dilakukan bermula 10.00 pagi (23 Mac 2011) dan tamat pada 11.59 malam pada hari yang sama.
sumber : denaihati.com


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More