Monday, April 11, 2011

RON 95 Xtra ??

Hari Ahad yang lepas saya ada kuliah di UTM KL  macam biasa, dan macam biasa juga isi minyak masa dalam perjalan pergi ke kuliah. Lepas bayar kat kaunter saya patah balik ke kereta untuk isi minyak, dan saya pastikanlah minyak yang saya isi itu bukan RON 97 ataupun Diesel, kalau Diesel xpasal-pasal rosak enjin kereta dan kalau RON 97 pulak mahal sangat. So masa tengok tue nampak ada perkataan tambahan iaitu "XTRA", saya pun nak cepat, belasah jugakla yang penting RON 95...  So masa dalam perjalanan tue terfikir gak la... mungkin minyak baru kot... So masa layari internet semalam jumpa la artikel dari Kosmo

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad memperkenalkan petrol terbaharu di pasaran iaitu Primax 95 Xtra bagi menggantikan petrol RON 95 yang menjanjikan pemanduan lebih kilometer dan berkuasa unggul.

Produk bahan api terbaharu daripada Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis meriah yang turut diserikan dengan konsert Twin Towers @ Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket perlumbaan Formula Satu (F1) di pekarangan Menara Berkembar Petronas di sini malam tadi.

Minyak petrol Primax 95 akan menggantikan RON 95 di pasaran mulai hari ini di lebih 955 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Antara keistimewaan minyak tersebut ialah ia berupaya memacu kenderaan lebih jauh bagi setiap liter berbanding penggunaan petrol RON 95 yang lama.

Petrol yang berasaskan teknologi perlumbaan kereta F1 itu juga bakal memberi lebih kuasa kepada kenderaan serta membersihkan enjin pada setiap masa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Amir Hamzah Azizan berkata, produk itu merupakan hasil kajian dan penyelidikan dua tahun Petronas berdasarkan penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan F1 selama ini.

“Meskipun Primax 95 Xtra dijual pada harga sama dengan RON 95 iaitu RM1.90 seliter tetapi bahan api berteknologi tinggi F1 ini akan memberi lebih kuasa dan jarak perjalanan bagi setiap kenderaan,” katanya.
So barulah tahu...hehehehe...tue jela nak kongsi-kongsi ngan geng-geng semua...


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More