Friday, April 15, 2011

Semua kenderaan wajib jalani pemeriksaan Puspakom mulai Jun 2011

Mulai Jun 2011, kerajaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan, di mana setiap kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi memastikan kenderaan berkenaan berkeadaan baik dan selamat. Antara faktor utama penguatkuasaan itu ialah untuk mengelakkan pengguna terbeli kenderaan potong, mempunyai sejarah jenayah, kereta curi atau kereta diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Seingat saya beberapa tahun lepas saya pernah terbaca laporan akhbar berkenaan seorang pembeli sebuah kereta terpakai yang telah menyaman Puspakom apabila keretanya tidak dibenarkan berada di atas jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Alasan yang diberikan JPJ ialah kereta tersebut merupakan kereta potong yang telah disambungkan dari dua buah kereta yang sama model dan perlu dilupuskan. Pemilik kereta tersebut tidak berpuas hati kerana sebelum membelinya, kereta tersebut telah menjalani pemeriksaan Puspakom dan disahkan selamat.

Pemilik kereta itu telah mengambil langkah bijak dengan menyaman Puspakom, dan kesudahannya pihak mahkamah telah memerintahkan Puspakom membayar kembali harga kereta yang dibeli olehnya. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kisah tersebut ialah usaha kerajaan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap kenderaan wajib menjalani pemeriksaan Puspakom amat tepat sekali. Sama ada kereta itu kereta baru, terpakai, telah diubahsuai dan sebagainya, asalkan ia sudah menerima pengesahan Puspakom, bakal pembeli tidak perlu ragu-ragu lagi akan status kereta tersebut.

Sudah tentu kereta itu selamat dan mematuhi undang-undang, sebab itu pentingnya pemeriksaan Puspakom supaya pembeli kereta mendapat ketenangan fikiran berpanjangan. Jika ditakdirkan kereta itu tidak selamat, statusnya tidak melayakkannya berada di atas jalan raya, pemilik kenderaan boleh membawa kes itu ke mahkamah untuk membuat tuntutan dari Puspakom. Mereka yang mengeluarkan pengesahan berkenaan status sesebuah kereta, jadi memang wajar jika ada apa-apa kos di luar jangkaan yang perlu ditanggung oleh pemilik kereta, ianya perlu di tanggung sepenuhnya oleh Puspakom.

Kepada Puspakom, diharapkan kakitangan mereka akan melakukan tugas dengan jujur dan amanah. Saya enggan mengulas tentang apa sebenarnya yang berlaku di dalam Puspakom dan kenapa masih banyak kenderaan potong, diubahsuai secara melampau dan tidak mematuhi undang-undang masih menerima perakuan kelulusan dari Puspakom. Dengan berkuatkuasanya arahan tersebut, secara tidak langsung pendapatan Puspakom akan meningkat dengan mendadak, banyak pelanggan banyaklah wang yang mengalir masuk, apa yang penting ketika ini ialah servis pemeriksaan dipertingkatkan untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan.

p/s : Bukan saja kereta, motosikal pun perlu menjalani pemeriksaan Puspakom. Bagus jugak tu, sebab sekarang ni banyak sangat kes kecurian motosikal, diharapkan selepas ini tidak akan lagi kes pemilik kenderaan terbeli kenderaan curi, potong, diubahsuai secara haram dan sebagainya.

sumber dari arenakereta.com


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More