Thursday, September 8, 2011

Prepaid Telekomunikasi Malaysia akan dikenakan cukai

Info ini saya petik dari amanz.my

Perkara ini mungkin agak mendukacitakan para pengguna pelan dan talian prabayar seluruh negara. Kini, semua penyedia telekomunikasi tempatan akan mula mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bermula daripada 15 September ini untuk setiap pembelian tambah nilai prabayar dan juga pembelian kad-SIM parbayar yang baru.
Dengan perkara ini, sekiranya seseorang pengguna itu ingin membeli tambah nilai berharga RM10, maka mereka akan mula dikenakan caj sebanyak RM10.60, dimana 60 sen akan dikira sebagai caj cukai perkhidmatan untuknya.
Semua syarikat telekomunikasi dijangka akan mula menghantar SMS kepada para pengguna talian prabayar mereka bermula hari ini, untuk memaklumkan perkara ini.
Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan, heran jugak. Yang menjadi pengguna prepaid adalah golongan yang kurang berkemampuan. Astro dah naik, Charge Internet tak pun turun-turun, dan sekarang prepaid pun ada cukai. Apela nak jadi dengan negaraku nie...

Harap kerajaan xduduk diam, beban rakyat makin meningkat, tapi gaji masih dok situ jugak....


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More