Monday, February 18, 2013

Video Pembantu Rumah Dera Lambung Anak Majikan

Video pembantu rumah Indonesia dera lambung anak majikan. Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.
"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.
"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More