Monday, November 4, 2013

Review Perlawanan Pahang vs Pahang Piala Malaysia

Tahniah Pahang atas kemenangan Piala Malaysia 2013 selepas menumpaskan Kelantan malam tadi .

Sedikt review ;

# Sebelum perlawanan , sebenarnya Pahang sudah pun menang kerana secara psikologinya , mental pemain Kelantan terganggu kerana mereka kehilangan 'key-player' Obina Nwaneri disamping tindakan biadab JDT mengeluarkan senarai pemain mereka untuk musim depan .

# Dollah Salleh masih dengan falsafah permainan menyerang dari sayap . Dengan Selangor , dia maksimakan keupayaan Ellie Aiboy , di Pahang dia maksimakan keupayaan Gopi di bahagian sayap . Keduanya membuat fullback tak tenang tidur malam.

# Lihat cara Matias Conti jaringkan gol , teringat Bambang Pamungkas yang beraksi bersama Selangor satu ketika dahulu menjaringkan gol di final Piala Malaysia 2005 . [Arghh , tetiba gua sandarkan pada kenangan]

# Pemain terbaik malam tadi , kalau ramai pilih penjaga gol Pahang , Arena pilih Alex , tok uban pilih Sathia , gua pilih Damion Stewart . Beraksi melebihi limit diri demi memastikan Dickson gagal menjaringkan gol ; bukan tugas yang mudah apatah penyerang itu berusia lebih muda berbanding pemuka Jamaica ini .

# Misi 92 Pahang , berjaya terserap dalam diri jiwa kebanyakan pemain Pahang . Walaupun mereka kekurangan pengalaman beraksi dalam tekanan , aksi 70 minit mereka sangat memukau !!

# Badhri Radzi dirantai dengan baik oleh tengah bertahan Pahang . Hilang punca Bojan Hodak sehingga terpaksa mengeluarkan pemain yang gua impikan bermain untuk Selangor suatu hari nanti itu bagi memastikan Kelantan mampu menyerang.

# Badri Radzi & Zairo Anuar Zailani . Err , siapa sebenarnya Playmaker Kelantan malam tadi ?

# Tengku Abdul Rahman , Tan Sri Anuar Musa , Azman Ibrahim , Zainal Abidin Hassan , Dollah Salleh , Bojan Hodak . Semuanya memain peranan penting bagi memastikan Pahang & Kelantan melangkah ke final . Semuanya disenangi pemain , dihormati lawan dan disayangi penyokong . Agak agak , ada tak pada tok uban ?

Kesimpulan ;

Pengurusan yang baik & profesional

Jurulatih yang berwibawa & berpengalaman

Pemain utama & simpanan yang seimbang pada kualiti

Penyokong yang fanatik

Resepi inilah membawa Pahang ke puncak kemahsyuran Piala Malaysia 2013 !!

sumber : Selangor Fanatik facebook http://www.facebook.com/groups/selangorfanatik/?hc_location=stream


Broken Link or Any Request >> Tell Us

Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here

.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More