Terma dan syarat ini boleh disemak tanpa notis dari semasa ke semasa.
1. Penerimaan Terma dan Syarat
1.1 : Jika anda terus melayari dan menggunakan laman web ini, anda
dengan automatik bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan
syarat penggunaan yang berikut (yang syaratnya termasuk garis panduan
dan peraturan yang mungkin dipaparkan oleh PR1MA dari semasa ke semasa),
yang bersama-sama dasar privasi kami, mengawal hubungan PR1MA dengan
anda berhubung dengan laman web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan
mana-mana bahagian terma dan syarat ini, sila jangan gunakan laman web
kami.
1.2 : Anda bersetuju bahawa PR1MA boleh mengubah suai, menyemak dan
meminda terma dan syarat dan/atau menggantung atau menamatkan laman web
ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan terus menggunakan laman web
ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan apa-apa
pengubahsuaian dan pindaan pada terma dan syarat ini.
1.3 : Memandangkan sifat global infrastruktur internet, maklumat yang
anda berikan boleh dipindahkan dan disimpan sementara atau dilindungi di
negara lain. Dengan menghantar maklumat anda, anda membenarkan
pemindahan ini.
1.4 : Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kami.
1.5 : Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk,
susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah
dilarang.
1.6 : Anda bersetuju untuk membenarkan PR1MA berkomunikasi dengan anda
melalui pelbagai saluran media dari semasa ke semasa. Saluran media di
sini merujuk, tetapi tidak terhad kepada, khidmat pesanan ringkas,
khidmat pesanan multimedia, Facebook, e-mel, Twitter, pemesejan segera.
2. Pendaftaran
2.1 : Untuk mendaftar, anda hendaklah memberi maklumat yang diperlukan
dalam borang pendaftaran. Kata laluan unik akan dihantar kepada alamat
e-mel anda untuk membenarkan anda mengakses data maklumat anda. Apabila
memilih kata laluan peribadi anda sendiri, anda tidak boleh menggunakan
perkataan yang lucah, kesat atau berkemungkinan akan menyakitkan hati.
2.2 : Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan
dan alamat e-mel anda, dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua
aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan dan alamat e-mel anda sama
ada benar-benar atau secara jelas dibenarkan dan/atau digunakan oleh
anda ataupun tidak.
2.3 : Akaun anda hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja dan
anda tidak akan membenarkan akses serentak menggunakan Maklumat Akses
yang sama.
2.4 : Laman web ini disediakan atas dasar "seadanya". Walaupun setiap
usaha telah dilakukan untuk menyediakan maklumat yang tepat di halaman
ini, PR1MA mahupun mana-mana kakitangannya tidak membuat apa-apa
jaminan, tersurat atau tersirat, atau menerima apa-apa liabiliti
undang-undang (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang) atau
tanggungjawab bagi kesesuaian, kebolehpercayaan, kekinian, ketepatan
atau kesempurnaan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini. Maklumat
dalam laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau
kesilapan tipografi. Maklumat boleh diubah atau dikemas kini tanpa
notis. PR1MA juga boleh membuat penambahbaikan dan/atau perubahan pada
laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis.
2.5 : Anda bersetuju untuk:-
2.5.1 : memberi maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap
tentang diri anda seperti yang diminta dalam borang pendaftaran; dan
2.5.2 : menyenggara dan dengan segera mengemas kini data pendaftaran tersebut untuk memastikan ia tepat, semasa dan lengkap.
Jika anda memberi apa-apa maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak
semasa atau tidak lengkap, atau jika PR1MA mengesyaki bahawa maklumat
tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak
lengkap, PR1MA berhak untuk menggantung atau mengeluarkan data anda dan
mengeluarkan anda daripada proses pengundian.
2.6 : Laman web ini mungkin tidak tersedia untuk semua peranti yang
dihubungkan kepada Internet. Anda menanggung semua tanggungjawab
berhubung dengan kelengkapan dan perisian pengguna akhir yang diperlukan
untuk mengakses laman web ini dan menanggung semua risiko yang
berkaitan dengannya.
2.7 : Laman web ini mungkin tidak tersedia untuk diakses dari semua
wilayah, negeri dan negara di dunia ini. PR1MA berhak, mengikut budi
bicara tunggalnya, untuk membataskan atau menamatkan kebolehan anda
mengakses laman web ini dari wilayah, negeri atau negara tertentu, dan
anda menanggung semua risiko yang berkaitan dengan kebolehcapaian laman
web ini dari mana-mana wilayah atau negara di dunia ini yang ditentukan.
2.8 : Penggunaan laman web ini oleh anda dan apa-apa pertikaian yang
timbul daripada penggunaan laman web sedemikian adalah tertakluk kepada
undang-undang tempatan, serantau dan antarabangsa.
2.9 : PR1MA berhak untuk membataskan atau melarang kemasukan anda ke
dalam laman webnya mengikut budi bicara tunggalnya dan tidak akan
bertanggungan terhadapnya.
3. Penggunaan
3.1 : Anda bersetuju untuk menggunakan laman web ini hanya untuk
tujuan yang sah di sisi undang-undang dan menurut terma dan syarat ini.
3.2 : Anda bersetuju untuk memberitahu PR1MA dengan serta-merta tentang
apa-apa penggunaan yang tidak dibenarkan atau apa- apa pelanggaran
keselamatan lain. PR1MA tidak boleh dan tidak akan bertanggungan bagi
apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda
untuk mematuhi peruntukan ini.
3.3 : Anda tidak boleh menyerah hak dan/atau memberi kata laluan anda
kepada mana-mana pihak ketiga. Kata laluan diberikan kepada anda untuk
kegunaan peribadi anda sahaja.
3.4 : Anda tidak boleh membenarkan mana-mana orang lain:-
3.4.1 : menjual semula, berkongsi masa, memberi sublesen, atau
selainnya memindahkan semua atau mana-mana bahagian laman web ini kepada
mana-mana pihak lain; atau
3.4.2 : menggunakan laman web secara komersil tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada PR1MA.
3.5 : Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan
tempatan, negeri, negara dan antarabangsa yang boleh diguna pakai dan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tindakan atau ketinggalan
yang berlaku di bawah penggunaan anda, termasuk kandungan komunikasi
anda melalui laman web ini. Menyedari akan sifat global Internet, anda
bersetuju untuk mematuhi semua peraturan tempatan berkenaan perlakuan
dalam talian. Secara khusus, anda bersetuju untuk mematuhi semua
undang-undang yang boleh diguna pakai berkenaan komunikasi dalam talian
dalam negara yang anda tinggal.
3.6 : Anda tidak boleh menggunakan laman web ini dengan apa jua cara
yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani atau menjejaskan
laman web (atau rangkaian yang terkait dengannya) atau mengganggu
penggunaan dan pemanfaatan laman web ini oleh mana-mana pihak lain.
3.7 : Anda tidak boleh menggodam, membuat tuntutan trafik yang
berlebihan, menghantar atau memajukan surat berangkai, "mel remeh" atau
"spam" daripada apa-apa jenis, tinjauan, peraduan, skim piramid ataupun
sebaliknya terlibat dalam apa-apa tingkah laku lain yang bertujuan untuk
menghalang pengguna lain daripada menggunakan dan memanfaatkan laman
web ini yang berkemungkinan akan merosakkan atau memusnahkan reputasi
PR1MA atau mengganggu penggunaan dan pemanfaatan oleh pengguna lain.
3.8 : Anda tidak boleh memintasi pengesahan pengguna atau keselamatan
apa-apa hos, rangkaian atau akaun (dirujuk sebagai "perengkahan" atau
"penggodaman") mahupun mengganggu perkhidmatan kepada mana-mana
pengguna, hos atau rangkaian (dirujuk sebagai "serangan penafian
perkhidmatan") mahupun menyalin mana-mana halaman atau mendaftar kata
kunci yang sama dengan enjin carian untuk mengelirukan pengguna lain
agar mereka fikir bahawa mereka sedang
membaca laman web PR1MA yang sah (dirujuk sebagai "rampasan laman"
("page-jacking") atau menggunakan laman web untuk apa-apa perlakuan lain
yang tidak sah atau tidak menyenangkan. Pengguna yang melanggar
keselamatan sistem atau rangkaian boleh menanggung liabiliti jenayah
atau sivil dan PR1MA akan, mengikut budi bicara mutlaknya, bekerjasama
sepenuhnya dengan penyiasatan pelanggaran jenayah yang disyaki,
pelanggaran keselamatan sistem atau rangkaian di bawah kepimpinan pihak
penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa yang berkaitan;
3.9 : Anda tidak akan memaparkan atau menghantar melalui laman web ini
apa-apa bahan yang bersifat fitnah, memudaratkan, lucah, mengancam,
pornografi, perkauman, jahat, menyakitkan hati, kasar, seksis, kesat
atau selainnya bahan yang tidak sah atau bahan yang melanggar atau
menyalahi hak kami atau hak orang lain dengan apa jua cara (termasuk hak
harta intelektual, hak kerahsiaan, atau hak privasi) atau yang
menyebabkan kecemasan atau kesulitan. Sentiasa layan pengguna lain
dengan penuh hormat.
3.10 : Anda boleh mewujudkan satu pautan atau "hiperpautan" ("deep
link") ke laman web ini dari laman anda, dengan syarat anda telah
mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PR1MA dan bahawa
menurut budi bicara tunggal PR1MA, konteksnya berkaitan dan pautan itu
atau pemerihalannya tidak memudaratkan PR1MA.
3.11 : Anda tidak akan menyiarkan, menyalin, memuat turun, menghasilkan
semula, menerbitkan semula, menghantar dengan apa jua cara walau apa
pun, apa-apa bahan dalam laman web ini kecuali seperti yang diperlukan
semata-mata untuk kegunaan anda sendiri secara peribadi di rumah dan
bukan secara komersil.
3.12 : Apa-apa pengedaran semula atau penghasilan semula mana- mana
atau semua kandungan dalam apa jua bentuk adalah dilarang selain
daripada yang berikut:
3.12.1 : Anda boleh mencetak atau memuat turun ke cakera keras
setempat atau apa-apa ekstrak peranti storan setempat untuk kegunaan
peribadi anda sahaja dan bukan secara komersil; DAN
3.12.2 : Anda boleh menyalin kandungan bagi individu pihak ketiga
untuk kegunaan peribadi mereka, tetapi hanya jika anda memperakui bahawa
laman web ini adalah sumber bahan tersebut.
3.13 : Anda tidak boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis yang nyata
daripada kami, mengedar atau mengeksploitasi secara komersil kandungan
laman web ini. Anda juga tidak boleh menghantarnya atau menyimpannya
dalam mana-mana laman web lain atau apa-apa jenis sistem perolehan
semula elektronik yang lain.
3.14 : Anda tidak akan melakukan apa-apa yang akan menjejaskan
kebolehkendalian atau keselamatan laman web ini atau menyebabkan
kesulitan atau kesalahan atau gangguan yang tidak wajar kepada
kakitangan kami.
4. Penamatan / Pembatasan Akses
4.1 : Anda boleh menamatkan dan/atau menarik balik pendaftaran anda
melalui e-mel kepada register@pr1ma.my pada bila- bila masa.
4.2 : Tanpa membataskan apa-apa yang terkandung dalam dokumen ini,
PR1MA berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan dan/atau menarik
balik pendaftaran anda pada bila-bila masa tanpa notis dan untuk apa-apa
sebab.
4.3 : Sebagai tambahan kepada apa-apa hak penamatan, PR1MA boleh
menggantung atau menamatkan pendaftaran anda tanpa notis dan mengikut
budi bicara tunggalnya jika:
4.3.1 : PR1MA mengesyaki penggunaan laman web yang melibatkan
penipuan (Penggunaan akaun yang melibatkan penipuan boleh merangkumi
tetapi tidak terhad kepada: (a) membenarkan akses kepada alamat e-mel
dan kata laluan anda kepada pihak ketiga, atau (b) memasukkan maklumat
pengguna yang tidak sah atau kelihatan tidak sah untuk pendaftaran anda,
atau (c) mencuba untuk mendaftar di bawah beberapa nama samaran atau
dengan maklumat pengguna yang berlainan);
4.3.2 : Anda banyak melanggar terma dan syarat ini atau apa- apa
Notis yang dipaparkan dari semasa ke semasa dalam laman web ini, apa-apa
undang-undang, perintah atau peraturan yang boleh diguna pakai yang
berkaitan dengan penggunaannya;
4.3.4 : Apa-apa undang-undang, peraturan atau tindakan kerajaan yang
menyebabkan semua atau mana-mana bahagian laman web ini tidak sah atau
tidak boleh digunakan;
4.3.5 : Penggunaan kata laluan anda menjejaskan atau mengancam untuk
menjejaskan integriti atau kefungsian rangkaian dengan apa jua cara;
4.3.6 : Jika PR1MA percaya bahawa anda telah melanggar atau
bertindak secara tidak konsisten dengan apa yang tersurat atau tersirat
dalam terma dan syarat ini.
4.4 : Anda bersetuju bahawa PR1MA tidak akan bertanggungan terhadap
anda atau mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa penggantungan dan
penamatan akses anda kepada Laman web.
5. Hak Pemilikan
5.1 : Semua Tanda Dagang yang digunakan dalam laman web adalah tanda
dagang PR1MA. Anda tidak boleh menggunakan Tanda Dagang ini, sama ada
corak atau tanda kata: (1) sebagai atau sebagai sebahagian daripada
tanda dagang anda sendiri; (2) dengan cara yang mungkin akan menimbulkan
kekeliruan; (3) untuk mengenal pasti produk yang tiada kaitan
dengannya; (4) untuk menandakan pengendorsan atau selainnya bagi produk
atau perkhidmatan yang tiada kaitan dengannya; atau (5) dengan apa jua
cara yang atau boleh merosakkan reputasi PR1MA atau Tanda Dagangnya.
5.2 : Anda mengakui dan bersetuju bahawa laman web ini atau mana- mana
bahagiannya, sama ada dipersembahkan kepada anda oleh PR1MA, pengiklan
atau mana-mana pihak ketiga, dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang,
tanda khidmat, paten atau hak dan undang-undang pemilikan lain. Semua
hak terpelihara dengan jelas.
5.3 : Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan laman web ini seperti
yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini dan tiada apa-apa dalam laman
web ini akan ditafsirkan sebagai memberi apa-apa lesen atau pemindahan
hak lain kepada anda bagi apa- apa hak harta intelektual atau hak
kepunyaan PR1MA.
6. Penafian & Pembatasan Liabiliti
6.1 : PR1MA tidak membuat apa-apa waranti atau jaminan bahawa laman web
akan memenuhi keperluan anda atau bahawa laman web adalah selamat,
tepat pada masanya, tidak terganggu atau bebas daripada kesilapan, atau
bahawa apa-apa data, kandungan, maklumat, perisian atau bahan lain yang
boleh diakses dalam atau melalui laman web ini serta bebas daripada
virus atau komponen lain yang berbahaya. Penggunaan tapak web adalah
atas risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
semua kerosakan yang timbul daripadanya.
6.2 : Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang boleh
diguna pakai, PR1MA menafikan semua jaminan, secara nyata atau tersirat,
termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kebolehdagangan yang
tersirat, kesesuaian bagi tujuan, hak milik dan bukan pelanggaran
tertentu berhubung dengan laman web ini dan urus niaga yang dilaksanakan
melalui Internet secara umum. PR1MA tidak membuat apa-apa pernyataan
atau jaminan berhubung dengan kualiti panggilan atau apa-apa hubungan
dengan atau apa-apa penghantaran melalui Internet.
6.3 : Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang boleh
diguna pakai, dalam apa jua keadaan termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, kecuaian, PR1MA tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa ganti
rugi langsung, tidak langsung, sampingan, khas atau turutan, ganti rugi
bagi kehilangan untung (walaupun jika PR1MA telah diberitahu tentang
kemungkinan berlaku ganti rugi tersebut atau walaupun jika ganti rugi
tersebut dapat dijangka), yang timbul daripada penggunaan atau
ketidakbolehan untuk menggunakan laman web ini, apa-apa perubahan pada
laman web ini dan akses tanpa kebenaran atau perubahan pada penghantaran
anda atau data, apa-apa komunikasi, penghantaran, bahan atau data yang
dihantar atau diterima atau tidak dihantar atau diterima, atau apa-apa
urus niaga yang dibuat melalui laman web ini atau yang timbul berhubung
dengan tindakan penipuan atau tidak sah oleh mana- mana pihak ketiga.
6.4 : Anda bersetuju secara khusus bahawa PR1MA tidak bertanggungjawab
atau bertanggungan terhadap apa-apa kandungan yang mengancam, fitnah,
lucah, menyakitkan hati atau tidak sah atau perlakuan mana-mana pihak
lain atau apa- apa pelanggaran hak pihak lain, termasuk hak harta
intelektual.
6.5 : Jika anda tidak berpuas hati dengan laman web ini, anda bersetuju
bahawa satu-satunya remedi eksklusif anda adalah dengan berhenti
menggunakan laman web ini.
6.6 : PR1MA akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjaga
privasi dan keselamatan semua maklumat peribadi yang anda berikan dalam
laman web ini, tetapi pihak ketiga (seperti penggodam) mungkin melanggar
atau cuba untuk melanggar langkah keselamatan PR1MA atau boleh mendapat
akses tanpa kebenaran ke pangkalan data atau kelengkapan lain yang
mengandungi maklumat anda. Anda bersetuju bahawa PR1MA tidak akan
bertanggungan terhadap apa-apa jenis ganti rugi, sama ada yang timbul di
bawah kontrak, tort, atau selainnya, berhubung dengan apa-apa
pelanggaran keselamatan laman web ini atau apa-apa kelengkapan lain
syarikat atau maklumat pengguna.
6.7 : Kandungan halaman laman web ini adalah untuk maklumat dan
kegunaan umum anda sahaja. Ia tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
6.8 : Penggunaan apa-apa maklumat atau bahan dalam laman web ini adalah
atas risiko anda sendiri sepenuhnya, yang baginya kami tidak akan
bertanggungan. Ia menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk memastikan
apa-apa perkhidmatan atau maklumat yang didapati melalui laman web ini
memenuhi keperluan khusus anda.
7. Tanggung rugi
7.1 : Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan menghindarkan
PR1MA, pegawai, pengarah, kakitangan, ejen, pemegang sahamnya dan
mana-mana penyedia maklumat pihak ketiga kepada laman web ini daripada
dan terhadap semua kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk
fi peguam cara, yang timbul akibat anda melanggar apa-apa terma dan
syarat ini atau anda dituntut oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan
atau timbul akibat penggunaan atau perlakuan anda dalam laman web ini.
7.2 : Peruntukan dalam perenggan ini adalah untuk manfaat PR1MA dan
pegawai, pengarah, kakitangan, ejen dan pemegang sahamnya dalam laman
web ini. Setiap seorang daripada individu atau entiti ini berhak untuk
menuntut dan menguatkuasakan peruntukan ini secara langsung terhadap
anda bagi pihak dirinya sendiri.
8. Pautan ke Tapak Pihak Ketiga
8.1 : Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak
ketiga ("Laman web Terpaut"). Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda
memberi maklumat lanjut. Ia tidak menandakan yang kami mengendors Laman
web Terpaut ini. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungannya dan
jika Tapak web Terpaut ini tidak berfungsi dengan sewajarnya.
8.2 : PR1MA tidak akan bertanggungjawab terhadap iklan, termasuk tanpa
pengehadan apa-apa pautan yang terkandung dalam sesuatu Laman web
Terpaut dan tidak mengendors apa-apa kandungan, pengiklanan, produk atau
bahan lain dalam atau yang terdapat dari laman web atau sumber
sedemikian. Anda bertanggungjawab untuk melihat dan mematuhi pernyataan
privasi dan syarat penggunaan yang dipaparkan pada Laman web Terpaut itu
serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa apa-apa
yang anda pilih untuk kegunaan anda adalah bebas daripada virus,
cecacing, kuda Trojan dan perkara lain yang bersifat pemusnah.
8.3 : PR1MA tidak bertanggungjawab terhadap dan tidak mengendors
melainkan dinyatakan dengan jelas, kandungan yang diwujudkan atau
diterbitkan oleh pihak ketiga yang termasuk dalam Laman web Terpaut dan
perkhidmatan atau perkara yang mungkin terpaut ke dan dari Laman web
Terpaut.
8.4 : Apa-apa urusan dengan pihak ketiga (termasuk pengiklan) tentang
Laman web Terpaut atau penyertaan dalam promosi, termasuk penyampaian
dan pembayaran untuk barang dan perkhidmatan serta apa-apa terma,
syarat, jaminan atau pernyataan lain yang berkaitan dengan urusan atau
promosi tersebut, adalah antara anda dengan pengiklan, pedagang atau
pihak ketiga lain semata-mata.
8.5 : Anda bersetuju bahawa PR1MA tidak akan bertanggungjawab atau
bertanggungan, secara langsung atau tidak langsung, terhadap apa-apa
kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau didakwa disebabkan oleh
atau berhubung dengan penggunaan atau pergantungan terhadap apa-apa
kandungan, barang atau perkhidmatan tersebut yang terdapat dalam atau
melalui apa-apa laman web atau sumber sedemikian. Pembelian apa-apa
produk atau perkhidmatan daripada pedagang dari Laman web Terpaut adalah
urus niaga antara anda dengan pedagang itu semata-mata, dan apa-apa
persoalan atau pertikaian yang anda mungkin ada berkenaan apa-apa produk
atau perkhidmatan tersebut hendaklah ditujukan terus kepada pedagang
yang bertanggungjawab. PR1MA tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau
liabiliti terhadap mana-mana pedagang atau hubungan anda dengan pedagang
tersebut.
9. Data Peribadi dan Privasi
9.1 : Rujuk Dasar Privasi kami untuk mengetahui cara PR1MA mengumpul dan melindungi data peribadi anda.
10. Hak cipta
10.1 : Laman web ini dan kandungannya ialah hak cipta PR1MA. Semua hak terpelihara.
11. Kebolehasingan
11.1 : Terma dan Syarat ini boleh diasingkan iaitu, jika mana-mana
peruntukan diputuskan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan
oleh mana-mana mahkamah dalam bidang kuasa kompeten, peruntukan tersebut
hendaklah dianggap telah dipotong tanpa menjejaskan peruntukan lain
yang masih ada dalam Terma dan Syarat ini.
12. Penepian
12.1 : Kegagalan PR1MA untuk melaksanakan apa-apa hak atau peruntukan
tertentu dalam Terma dan Syarat ini hendaklah tidak dijadikan penepian
hak atau peruntukan tersebut melainkan diakui dan dipersetujui oleh
PR1MA secara bertulis.
13. Undang-undang yang Terpakai
13.1 : Penggunaan laman web ini oleh anda dan pengendalian terma dan
syarat yang terkandung dalam dokumen ini hendaklah tertakluk kepada
undang-undang Malaysia. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau
berhubung dengan laman web ini, termasuk terma dan syarat ini hendaklah
tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.
Sumber : http://www.pr1ma.my/tnc.php
Broken Link or Any Request >> Tell Us
Join File using HJSplit.. More Information >> Click Here
.
0 comments:
Post a Comment